Industri Kecil Dan Sederhana ( IKS PERHEBAT )

 

SEMINAR PELABURAN PERTANIAN

Picture




SEMINAR PELABURAN PERTANIAN UNTUK USAHAWAN
DAN
SYARIKAT SWASTA TAHUN 2009.
(Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)

SEMINAR

Picture
 1.         Acara lawatan sambil belajar yang di kelolakan oleh Cawangan IKS PERHEBAT ke Dewan Serbaguna Wisma Tani di Putrajaya pada 13 July 2009 telah memberi pendedahan perkembangan industri pertanian di Negara Malaysia. Seminar ini juga turut dirasmikan oleh YAB Dato Noh bin Omar. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Seminar ini turut menyatakan Dasar Rancangan Malaysia Ke-9 yang mana ia menekan peningkatan pengeluaran makanan pertanian kearah mencapai lebihan perdagangan menjelang tahun 2010 dan juga menggalakkan pelaburan swasta dalam usaha mengkomersialkan sistem pengeluaran makanan supaya menjadi cekap, berproduktiviti tinggi dan berorientasikan pasaran serta memperbanyakkan nilai di tambah secara bersepadu di sepanjang rantaian nilai pengeluaran. Di samping itu juga ia menekan beberapa objektif yang mana menjadi garis panduan bagi semua usahawan-usahawan.

              a.         Untuk menyampaikan maklumat berkaitan halatuju sector pertanian, peluang-peluang pelaburan
          dalam subsektor tanaman dan kemudahan-kemudahan / intensif yang disediakan oleh kerajaan supaya
          pelabur dapat membuat penilaian dan keputusan yang baik.


               b.         Untuk menerangkan kaedah dan tatacara permohonan bagi mendapatkan tanah bagi
           melaksanakan projek pertanian, pendaftaran MOA Inc dan permohonan insentif percukaian bagi
           pengeluaran bahan makanan yang diluluskan.


                c.         Untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur mengukuhkan pelaburan melalui
            kemudahan perkongsian modal(venture capital).


                d.         Untuk mendedahkan peluang kepada para peserta kepada kemudahan insuran pertanian dan
            industri asas tani.


2.         Seminar ini juga memberi pendedahan dan pendekatan kepada:

            a.         Insentif percukaian dibawah akta cukai pendapatan 1967 bagi pengeluaran bahan makanan
            yang
diluluskan serta tatacara permohonan.      

             b.         Prosedur dan kaedah bagaimana untuk mendapatkan sumber modal dan insentif.

                c.         Penerangan daripada Mayban Ventures Sdn.Bhd dan Mayban Agro Fund Sdn Bhd.

                d.         Pendekatan MOA Inc dalam menjayakan projek pertanian dan prosedur permohonan MOA Inc.

            e.         Peluang-peluang pelaburan pertanian, tanaman dan industri asas tani.

3.         Sepanjang seminar yang berlansung selama dua hari juga telah memberi peluang sesi panel perbincangan dan business matching secara terbuka daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya yang mana hujah-hujah tersebut telah memberi kesedaran dan juga bimbingan ilmu pengetahuan kepada pelatih-pelatih IKS Siri 3/2009 untuk memilih jalan yang lebih tepat dan bermotivasi bagi persiapan sebelum dan selepas persaraan daripada angkatan tentera.