Industri Kecil Dan Sederhana ( IKS PERHEBAT )

 
PERKARA     : LAWATAN KE TECHNOLOGY PARK MALAYSIA

1.         Acara lawatan sambil belajar yang di kelolakan oleh Cawangan IKS PERHEBAT ke Technology Park Malaysia pada 15 July 2009 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bersama-sama pelatih-pelatih Automotif telah mendedahkan pengetahuan yang meluas bagaimana untuk memperagakan produk-produk dan ciptaan-ciptaan yang berkualiti. Di sepanjang lawatan ia telah diberi penerangan dan taklimat yang bermanfaat bagi pelatih-pelatih agar dapat memperbagaikan produk barangan yang berasaskan mesin dan produk pertanian. Di TPM juga terdapat berbagai cawangan-cawangan yang mengeluarkan produk-produk ciptaan yang mana ianya telah digunapakai buat masa kini dan masa akan datang untuk kegunaan rakyat Malaysia dan dunia.

2.         Pelatih juga telah dibawa melawat ke kawasan-kawasan TPM.

               a.         TPM BIOTECH        - Di cawangan ini pelatih telah di dedahkan bagaimana memperbagaikan
           produk-produk yang berasaskan pertanian.


               b.         TPM ENGINEERING          - Di cawangan ini pelatih telah diberi pendedahan bagaimana
           untuk mengeluarkan produk ciptaan bagi kegunaan umum dengan mengunakan peralatan mesin yang
           berkuasa tinggi. Ia juga mengalakkan pelatih-pelatih agar dapat berkongsi bersama ilmu pengetahuan
           bagi rekacipta produk-produk baru. Produk-produk ini juga akan memberi satu peluang kepada pelatih
           untuk berdayasaing dengan dunia luar.


              c.         TPM COLLEGE       - Pelatih juga diberi pendedahan berkenaan penempatan dan kemudahan
          fakulti pengajian tinggi bertaraf ijazah yang mana turut diberi galakan dan dorongan bagi yang berkelayakan
          untuk turut serta.


              d.         TPM IT           - Pelatih juga diberi beberapa pendedahan tentang perkembangan IT yang mana
          dikendali oleh pihak swasta yang berdayasaing di dalam Information Technology yang canggih seperti
          Syarikat Penyiaran ASTRO. Pengunaan Cip MAYKAD daripada Syarikat IRIS. TPM juga menyediakan
          satu Perpustakaan yang ulung secara Multi Digital Online.


3.         Sepanjang lawatan yang berlansung ia telah memberi ilmu pengetahuan yang mendalam bagi keempat-empat cawangan yang diberi pendedahan. Sejajar dengan perkembangan semasa ia telah membuka minda pelatih betapa pentingnya keempat-empat TPM tersebut demi menjayakan kehidupan sebagai usahawan supaya ianya menjadi seorang usahawan yang berwibawa, beretika dan berjaya.

Picture